Khamis, 26 Julai 2018 | 9:00am

Anda kenyang tapi masih kurang nutrisi? Ketahui puncanya

MENIKMATI aneka pilihan makanan yang enak, tentunya membuatkan rasa kenyang serta memberikan satu kepuasan.

Malah, menjadi budaya masyarakat kita makan pelbagai pilihan dan menu setiap kali makan. Kita juga kurang pengetahuan mengenai kandungan zat dalam makanan itu, sebaliknya lebih mementingkan makanan yang enak-enak.

Kadang-kadang makanan diambil walaupun cukup mewah dan lazat, tidak membentuk nutrisi mikro yang diperlukan tubuh untuk berkembang sepenuhnya.

Keadaan ini sebenarnya dikenali sebagai 'Hidden Hunger' (kelaparan tersembunyi) iaitu istilah menggambarkan keadaan kekurangan nutrien iaitu kekurangan vitamin dan mineral.

Ia boleh terjadi pada semua kelompok umur dan bukan sahaja mereka yang kurus, orang gemuk juga boleh mengalaminya.

Apabila individu tidak mendapat nutrisi yang cukup, ia bukan saja menyebabkan tubuhnya tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik tetapi boleh mengalami gangguan kesihatan serius.

Malah kekurangan nutrisi boleh menyebabkan anda berdepan dengan keadaan tidak menyenangkan seperti mudah penat, hilang fokus, kemurungan, mudah terkena infeksi kerana penurunan sistem kekebalan tubuh dan sebagainya.

Lebih memburukkan keadaan, tabiat gaya hidup yang sibuk hari ini. Kita biasa dengan tabiat makan pada waktu tidak teratur, kurang tidur kerana masalah kerja atau tekanan serta jarang bersenam akibat terlalu letih dan sibuk bekerja. Senario ini boleh menjejaskan kesihatan.

Tahukah anda, berdasarkan kajian SEANUTS Malaysia, 2013, British Journal of Nutrition, satu daripada tiga keluarga Malaysia kekurangan nutrisi penting terutamanya vitamin C, zat besi dan kalsium.

Ia satu masalah yang cukup serius dan sudah lama berlaku tetapi kita jarang bercakap mengenainya.

Mungkin selama ini kita tidak sedar ia mendatangkan masalah kepada kesihatan jika tidak mengambil nutrien yang betul atau cukup.

Kebaikan susu

Bagi mendidik pengguna dan menangani kekurangan nutrien penting, susu Nestlé Everyday berkongsi dan menyedarkan orang ramai mengenai pentingnya pengambilan susu dalam kehidupan seharian.

Pengambilan susu adalah baik kerana ia minuman lengkap yang mengandungi protein, lemak dan karbohidrat sehingga tubuh boleh memperolehi tenaga bermacam mineral, vitamin dan berbagai elemen untuk fungsi tubuh.

Justeru, lengkapkan nutrisi keluarga anda dengan susu Nestlé Everyday kerana pastinya kita mahukan seisi keluarga hidup sihat dan lebih riang.

Pengambilan dua gelas susu setiap hari disarankan untuk anda sekeluarga kerana susu Nestlé Everyday menyediakan 100% Vitamin C, zat besi dan kalsium.

Anda lebih kuat apabila mengambil susu setiap hari, sekali gus menangani masalah 'Hidden Hunger'. Tidak salah untuk terus menikmati makanan kegemaran anda tetapi tambahkan pengambilan susu Nestlé Everyday bagi memenuhi jurang nutrien dalam pengambilan makanan.

35454 dibaca
Berita Harian X