Khamis, 8 Jun 2017 | 2:24pm

Khai Bahar tak terburu jadi pelakon


Khai Bahar

KUALA LUMPUR: Mengaku minat berlakon, penyanyi Bayang, Khai Bahar, 23, enggan terburu-buru mengejar impian beraksi dalam produk televisyen (TV) mahupun filem.

Pemegang trofi Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 ini memberitahu, kesibukan menyanyi menjadi punca dirinya mengetepikan minat berlakon.

"Khai bukan tolak tawaran berlakon, tetapi isunya adalah masa. Menyanyipun sibuk, apatah lagi berlakon. Kalau terima, Khai jadi bertambah sibuk sehingga tidak ada masa untuk diri sendiri," katanya kepada BH Online.

Sehubungan itu, Khai berkata, lebih baik dia memberi fokus kepada bidang nyanyian terlebih dulu.

"Biarlah Khai perkukuh bakat dalam bidang seni suara dan bila ada masa untuk berlakon, Khai akan terima tawaran," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khai terharu dengan inisiatif peminat menubuhkan kelab penyokongnya di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Khai mula mendapat perhatian peminat di Indonesia selepas muncul dengan lagu saduran berjudul Ku Takkan Bersuara hingga tertubuhnya Khai Bahar Fan Club (KBFC) Indonesia yang berpusat di Jakarta.

515 dibaca
Berita Harian X