Ahad, 19 Jun 2016 | 8:51pm

1,000 berbuka puasa bersama Zahid


AHMAD Zahid bertemu tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa di Sri Satria, Putrajaya, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Hampir 1,000 orang menghadiri Program Penerapan Nilai Murni Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Sri Satria, di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Parlimen serta pemimpin UMNO.

Iia turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Besar yang baharu, Budiman Mohd Zohdi serta sahabat politik Zahid.

Pada majlis itu, Zahid menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kira-kira 150 anak yatim dari empat rumah anak yatim di Selangor.

Beliau turut mengerjakan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.

146 dibaca
Berita Harian X