Isnin, 8 Februari 2016 | 9:26pm
BINTANG Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014, Shaheizy Sam bersama pasangannya Syatilla Melvin selepas majlis pernikahan mereka di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang. - Foto Danial Saad

Shaheizy Sam sah jadi suami Syatilla


BINTANG Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014, Shaheizy Sam dinikahkah oleh jurunikah Datuk Ellias Zakaria bersama pasangannya Syatilla Melvin di Nibong Tebal di sini. Majlis yang berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Syatilla bermula kira-kira jam 9 malam tadi, hanya dihadiri ahli keluarga dan saudara terdekat kedua-dua keluarga. - Foto Danial Saad

NIBONG TEBAL: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) 2010, 2012, dan 2014, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sah bergelar suami isteri pada jam 9 malam tadi di kediaman keluarga Syatilla di Jawi, di sini.

Dengan sekali lafaz, Shaheizy, 34, sah menjadi suami kepada Syatilla, 25, sambil disaksikan ahli keluarga dan saudara terdekat.

Majlis akad nikah itu dikendalikan jurunikah, yang juga Pengarah Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Ellias Zakaria, dengan berwalikan bapa Syatilla, Amirol Melvin Abdullah.

Syatilla menerima mas kahwin RM10,082 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri teman rapat dan keluarga terdekat.

Kedua-duanya akan diraikan dalam majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Villa, esok.

Majlis resepsi pengantin lelaki pula akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari.

252 dibaca
Berita Harian X