Selasa, 13 Februari 2018 | 7:01am
THE Majestic Melaka asalnya rumah agam hartawan Cina bangsa Baba dan Nyonya Melaka yang dibina sekitar 1920 mempunyai 54 bilik dan suite. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
LOKASI hotel begitu strategik. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Tradisi Baba, Nyonya terus diwarisi


PETUGAS mengenakan pakaian Nyonya Melaka sebagai tarikan pengunjung. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

MASYARAKAT Baba dan Nyonya dikenali sebagai kaum Peranakan, mereka adalah golongan minoriti berasal dari Melaka. Golongan ini terbentuk apabila nenek moyang mereka berhijrah ke Melaka dan berkahwin dengan penduduk tempatan.

Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Fujian, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu.

Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak mewarisi budaya masyarakat Melayu.

Justeru, hingga hari ini masih ada lagi masyarakat berkenaan menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Lebih unik, pakaian Nyonya Melaka adalah berbaju kebaya dan sarung batik.

Mereka makan dengan tangan dan masakan berasaskan gulai menjadi kegemaran kaum Peranakan. Hidangan seperti asam pedas, masak lemak cili api dan sambal belacan menjadi kegemaran, sekali gus sinonim dengan kaum Melayu.


THE Majestic Melaka terletak berhadapan Sungai Melaka yang kaya dengan sejarah silam. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din


MAJESTIC Melaka terjemah warisan Cina Peranakan pada rekaan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Justeru, bagi memperoleh suasana sebenar budaya serta adat resam Baba dan Nyonya, selain menikmati masakan istimewa golongan berkenaan, penginapan di hotel butik, The Majestic Melaka bakal membawa anda memasuki 'dunia baharu' Cina Peranakan, sekali gus menikmati persekitaran percutian yang unik.

Reka bentuk pintu dan tingkap serta kaca berwarna, selain hiasan jubin malah perabot yang menghiasi ruang lobi, persis rumah Baba dan Nyonya!

Lebih unik hotel berkenaan terletak berhadapan Sungai Melaka yang kaya dengan sejarah silam. Sebagai nilai tambah, lokasinya strategik berdekatan Kampung Morten, penempatan tradisional Melayu yang memperlihatkan rumah ketika zaman kerajaan Melayu Melaka, sekali gus dinobat ikon pelancongan terkenal.

Bangunan hotel butik, The Majestic Melaka asalnya rumah agam hartawan Cina bangsa Baba dan Nyonya Melaka yang dibina sekitar 1920 mempunyai 54 bilik dan suite.


RUANG lobi sarat elemen Cina Peranakan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
1206 dibaca
Berita Harian X