Rabu, 14 Februari 2018 | 12:12pm
PUTERA Henrik dilaporkan meninggal dunia pada jam 11.18 malam (waktu tempatan), di Istana Fredensborg. - Foto fail AFP

Putera Henrik, suami Ratu Denmark meninggal dunia

STOCKHOLM: Suami Ratu Denmark, Ratu Margrethe II, Putera Henrik, 83, dilaporkan meninggal dunia pada jam 11.18 malam (waktu tempatan), di Istana Fredensborg.

Berita kematian putera kelahiran Perancis itu diumumkan oleh pihak istana, sebentar tadi.

"Putera Henrik meninggal dunia pada Selasa, 13 Februari pada jam 11.18 (waktu tempatan) di Istana Fredensborg, iaitu kediaman diraja yang terletak kira-kira 40 kilometer di utara Copenhagen di sisi isteri dan dua puteranya," kata istana dalam satu kenyataan. - AFP

1164 dibaca
Berita Harian X