;
Selasa, 13 Februari 2018 | 7:16pm
RAKAN bekas pemimpin Korea Selatan, Park Geun-hye. - Foto REUTERS

Rakan bekas Presiden Korea selatan dipenjara 20 tahun

SEOUL: Rakan bekas pemimpin Korea Selatan, Park Geun-hye yang menjadi tumpuan utama skandal menyalahgunakan pengaruh yang menggegarkan golongan usahawan dan elit negara itu dipenjara 20 tahun, kata sebuah mahkamah di Seoul hari ini.

Choi Soon-sil didapati bersalah menerima rasuah dari beberapa konglomerat Korea Selatan termasuk syarikat pengeluar telefon pintar terbesar dunia, Samsung dan Kumpulan Lotte.

Park dipecat sebagai Presiden pada Mac lalu selepas undi tidak percaya dan dibicarakan secara berasingan atas beberapa tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pemerasan. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

Mahkamah juga mengenakan hukuman penjara dua tahun enam bulan terhadap pengerusi syarikat kelima terbesar negara itu, Lotte hari ini dan mengarahkan beliau ditahan serta merta.

Pengerusi itu, Shin Dong-bin berada di mahkamah dan sudah ditahan. - Reuters

298 dibaca
Berita Harian X