;
Selasa, 13 March 2018 | 11:37am
KETUA Misi Fakta Pencarian Antarabangsa PBB di Myanmar, Marzuki Darusman. - Foto AFP

Facebook penyebar kebencian di Myanmar

GENEVA: Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesyaki Facebook berperanan dalam menyebarkan ucapan kebencian hingga menyebabkan kemungkinan berlaku pembunuhan beramai-ramai di Myanmar.

Ketua Misi Fakta Pencarian Antarabangsa PBB di Myanmar, Marzuki Darusman memberitahu wartawan bahawa media sosial memainkan peranan di Myanmar.

"Ia jelas sebagai penyumbang kepada kekacauan dan penentangan serta konflik dalam masyarakat umum. Sudah tentu kata-kata kebencian sebahagian daripadanya.

"Melihat kepada situasi di Myanmar, media sosial adalah Facebook dan Facebook adalah media sosial," katanya.

Ketua hak asasi manusia PBB minggu lalu mengesyaki berlaku pembunuhan beramai-ramai. Penasihat kesihatan kebangsaan menuntut 'bukti jelas', dikemukakan.

Facebook tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung kenyataan itu semalam, walaupun sebelum ini syarikat itu pernah mengeluarkan kenyataan mereka sedang berusaha untuk menghapuskan tulisan bernada kebencian di Myanmar dan menyingkir pemilik akaun yang berkongsi komen terbabit secara berterusan. - Reuters

1246 dibaca
Berita Harian X