;
Jumaat, 18 Mei 2018 | 7:22am
GINA Haspel. - Foto EPA

Gina Haspel, sah Pengarah CIA baharu

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat hari ini mengesahkan pelantikan Gina Haspel sebagai pengarah baharu Agensi Perisikan Pusat (CIA), walau pernah terpalit isu membabitkan penderaan terhadap suspek pengganas.

Ia sekali gus menjadikan Haspel pengarah wanita pertama agensi berkenaan.

"Tahniah kepada Pengarah CIA kita yang baharu, Gina Haspel!" kata Presiden Donald Trump dalam tweet beliau sambil menyifatkan Haspel sebagai calon yang sangat berkelayakan.

Senator Republikan John McCain, yang pernah didera ketika menjadi tawanan perang di Vietnam, menolak pencalonan beliau namun tidak dapat mengundi kerana sedang berperang dengan kanser otak.

Haspel, 61 tahun, seorang yang pakar dalam hal ehwal Russia dan menghabiskan kerjayanya dalam perkhidmatan rahsia, mengambil alih dari Mike Pompeo.

Trump baru-baru ini melantik Pompeo sebagai Setiausaha Negara. - AFP

827 dibaca
Berita Harian X