;
Selasa, 13 March 2018 | 9:31pm
REX Tillerson. - Foto EPA

Trump umum pengunduran Rex Tillerson

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini mengumumkan pengunduran diplomat kanannya, Rex Tillerson yang akan digantikan oleh ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo.

"Pengarah CIA, Mike Pompeo akan menjadi Setiausaha Negara kita yang baru. Dia akan melakukan kerja yang

hebat!" kata Trump di twitter.

"Terima kasih kepada Rex Tillerson di atas perkhidmatannya!" Tambahnya.

Presiden AS turut mengumumkan pelantikan Gina Haspel untuk mengetuai CIA, wanita pertama memegang jawatan itu. - AFP

794 dibaca
Berita Harian X