;
Selasa, 13 March 2018 | 10:47pm

38 maut, bas terjun gaung di Habsyah

ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya 38 maut, kebanyakannya pelajar selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan di utara Habsyah, kata polis.

Seramai 10 penumpang terselamat dalam kemalangan yang berlaku di wilayah Amhara, kata komander polis, Mohammed Ahmed.

"Kebanyakan mangsa yang maut adalah pelajar ," katanya kepada Agensi Mass Media Amhara.

Kemalangan maut adalah lazim di Ethiopia berikutan standard pemanduan yang lemah dan kenderaan yang tidak diselenggara dengan betul. - Reuters

283 dibaca
Berita Harian X