Rabu, 31 Januari 2018 | 10:57am

vívoactive 3, jam pengesan kecergasan

KUALA LUMPUR: Garmin baru-baru ini memperkenalkan jam pintar GPS, vívoactive 3 yang didatangkan bersama aplikasi 15 jenis sukan dalam dewan dan luar dewan.

Lebih menarik jam pintar itu padat dengan pelbagai ciri lain membolehkan anda mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Biarpun jika ada mempunyai pelbagai kegemaran dan kesukaan yang berbeza-beza, ia tidak menjadi masalah.

Malah anda boleh menyusun jadual aktiviti seperti kelas kardio pada hari Selasa dan yoga pada hari Rabu. Jam pintar terbabit boleh mengendalikannya.

Pengedar tunggal Garmin di Malaysia, AECO Technologies (M) Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, vívoactive 3 menampilkan elemen kepintaran, tegap dan bergaya, selain besi tahan karat yang digunakan untuk menghasilkan jam berkenaan dan paparan resolusi tinggi sepanjang masa menambahkan kecanggihan penggunaannya dalam semua keadaan persekitaran.

Malah lebih daripada itu, muka jam, widget, perincian data serta aplikasi yang boleh dimuatkan secara percuma dari stor Garmin Connect IQ, pemilik vívoactive 3 boleh memberikan sentuhan peribadi bagi menjadikan jam itu sebagai aksesori lengkap sama ada untuk bermain dan membuat pembayaran.

vívoactive 3 juga memperkenalkan ciri Side Swipe, pengawal yang membolehkan pengguna membuat semakan dan beralih navigasi membabitkan menu, widget dan statistik.

Memandangkan sebahagian pengguna lebih gemar menggunakan ibu jari untuk menyemak dan sebahagian lagi menggunakan jari telunjuk, vívoactive 3 memperlihatkan rekaan yang unik, membolehkan ia dipakai dengan selesa dalam apa saja keadaan.

Seperti jam pintar lain yang dikeluarkan Garmin, vívoactive 3 adalah selamat apabila digunakan untuk berenang dan mandi serta jangka hayat bateri sehingga 7 hari dalam mod jam pintar dan 13 jam dalam mod GPS.

Keunikan tali jam yang memainkan peranan sebagai pengukur degup jantung, pengguna boleh mengakses ciri pemantauan kecergasan termasuk VO2 dan tempoh masa kecergasan dengan menyediakan data berharga untuk memantau perubahan dalam tahap kecergasan.

Pemantauan ukuran tahap stres sepanjang hari boleh dibuat dengan menggunakan vívoactive 3 yang memantau data 'heart rate variability' (HRV).

Keupayaan melihat sendiri tahap stres di pergelangan tangan dan jadual yang lebih panjang menerusi Garmin Connect memberi peluang kepada pengguna untuk mengenal pasti corak dan mengambilkira perubahan dalam gaya hidup bagi mengelak atau mengatasi keadaan tertekan termasuk stres.

Ribuan muka jam, widget dan aplikasi yang boleh dimuat naik secara percuma dari Garmin Connet IQry, pengguna boleh menjadikan jam mereka lebih terpancar elemen

keperibadian, daripada sebuah jam pintar kepada lebih khusus.

Teruskan menyentuh muka jam apabila Uber sampai, menghidupkan lampu di rumah dengan aplikasi SmartThings dan boleh menggunakan aplikasi AccuWeather MinuteCast untuk memastikan sama ada hujan akan turun atau sebaliknya.

vívoactive 3 direka dengan direka dengan gaya hidup 'on-the-go' dalam pemikiran. Dengan lebih 15 aplikasi sukan yang dimuatnaik termasuk portfolio baru untuk kardio, yoga dan menaiki tangga. vívoactive 3 membawa pengguna dari gimnasium ke kawasan berbukit dan ke mana-mana sahaja.

Dengan kegiatan latihan kekuatan baharu, pengguna boleh sentiasa fokus terhadap prestasi dan selebihnya serahkan kepada vívoactive 3.

Jika anda bosan dengan rutin senaman yang sama, vívoactive 3, boleh mencampurkan aktiviti seperti berlari, berbasikal, kardio dan senaman membina kekuatan menggunakan aplikasi Garmin Connect dan memuat turun dalam peranti mereka.

Selain itu, vívoactive 3 boleh diselaraskan dengan telefon pintar bagi membolehkan pengguna menerima dan membalas pesanan ringkas serta melihat terkini dalam media sosial, panggilan dan e-mel.

vívoactive 3 juga boleh digunakan untuk mengawal muzik menerusi telefon pintar, menghantar pesanan untuk mengesan kedudukan telefon dan mengawal kamera Garmin VIRB.

Tidak ketinggalan, vívoactive 3 menampilkan ciri LiveTrack, yang membolehkan sesiapa saja menjalani rutin senaman di luar dewan tanpa sebarang gangguan kerana setiap data kegiatan dan lokasi boleh dipantau pada masa sebenar.

Pengguna setia Garmin pasti kagum apabila jam pintar itu mempunyai aplikasi Garmin Pay, yang membolehkan pemegang kad Visa dan Mastercard membeli secawan kopi selepas berlari pada waktu pagi atau membeli snek ketika menunggang basikal.

Anda boleh menggunakan jam vívoactive 3 untuk membayar tanpa wang tunai dan tidak perlu membawa dompet.

Bagaimanapun aplikasi itu belum boleh digunakan di Malaysia. Garmin Malaysia akan membuat pengumuman rasmi berkaitan perkara berkenaan.

Sementara itu, vívoactive 3 didatangkan dalam tiga warna - hitam/tahan karat dan putih/tahan karat yang dijual pada harga RM1,250 manakala hitam/kelabu pada harga RM1,399.

762 dibaca
Berita Harian X