;
Khamis, 15 Februari 2018 | 8:59am

Harga minyak ditutup tinggi

NEW YORK: Harga minyak meningkat pada Rabu berikutan peningkatan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang lebih sedikit daripada jangkaan.

Selain itu, peningkatan itu juga didorong oleh kenyataan Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih yang berkata kebanyakan pengeluar utama minyak mentah memilih pasaran yang lebih kecil berbanding mengakhiri perjanjian pengurangan bekalan lebih awal.

Niaga hadapan Brent ditutup naik AS$1.64 setong atau 2.6 peratus kepada AS$64.36 setong.

U.S. West Texas Intermediate pula meningkat AS$1.41, atau 2.4 peratus kepada AS$60.60 setong.

Inventori minyak mentah AS meningkat 1.8 juta tong minggu lalu, menurut data yang dikeluarkan Pentadbiran Maklumat Tenaga berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 2.8 juta tong. -Reuters

205 dibaca
Berita Harian X