;
Rabu, 14 Februari 2018 | 7:51pm

Ringgit ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan pertumbuhan ekonomi 2017 yang lebih kukuh, sebanyak 5.9 peratus, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh berbanding dolar kepada 3.9170/9210 daripada 3.9370/9400 pada Selasa.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia melonjak kepada 5.9 peratus pada 2017 berbanding 4.2 peratus pada 2016 manakala lebihan akaun semasa meningkat sedikit kepada RM12.9 bilion pada suku keempat tahun lalu menyumbang 3.7 peratus pendapatan kasar negara.

Ringgit juga lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9654/9705 daripada 2.9760/9792 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6441/6488 daripada 3.6569/6600 pada Rabu.

Ringgit juga meningkat berbanding pound British kepada 5.4325/4400 daripada 5.4653/4715 semalam dan tinggi berbanding euro kepada 4.8383/8444 daripada 4.8476/8517 pada Selasa.

-- BERNAMA

857 dibaca
Berita Harian X