;
Isnin, 12 March 2018 | 4:00pm
ABDUL Fayyadh Rahim 21 (kiri) bersama abangnya, Abdul Wafiy 27, ketika bacaan talkin selepas pengkebumian bapanya yang juga bekas Pengarang Berita Sukan Harian Metro, Allahyarham Rahim Zain 61, di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
ALLAHYARHAM Rahim Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini pada jam 10.53 pagi tadi. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Jenazah bekas pengarang berita BH selamat dikebumikan

SHAH ALAM: Jenazah bekas pengarang berita BH, Abdul Rahim Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini pada jam 10.53 pagi tadi.

Terdahulu, pada jam 9.30 pagi, jenazah Abdul Rahim, 61, disembahyangkan di Masjid Munawarah, Seksyen 27 di sini dan tiba di tanah perkuburan pada jam 10.15 pagi.

Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat hadir pada upacara pengebumian itu.

Abdul Rahim menghembuskan nafas terakhir akibat masalah jantung di hadapan isterinya, Jainab Rasul, 59, pada jam 7.50 malam tadi.

Allahyarham meninggalkan tiga anak Imartina, 33; Abdul Wafiy, 27; dan Abdul Fayyadh, 21, selain seorang menantu serta dua cucu.

Pada 1991, Abdul Rahim menjadi wartawan Malaysia pertama membuat liputan mengenai hari-hari terakhir dasar aparteid di Afrika Selatan.

Allahyarham yang menjadi wakil BH di London ketika itu, banyak membuat laporan mengenai keadaan sebenar kehidupan di negara yang hampir tidak memiliki dasar kemanusiaan susulan pemerintahan berdasarkan warna kulit.

466 dibaca
Berita Harian X